ArtsFAS grant returns to Malaysia’s arts & heritage scene – Apply now!

The ArtsFAS Grant programme is now open!

If you’re a creative practitioner looking for fundings to bring your vision to life, this is the opportunity for you! Check your eligibility before April 15th and submit your application by April 30th.

About ArtsFAS

Arts For All Seasons (ArtsFAS) is part of a larger effort by Yayasan Hasanah to preserve and celebrate Malaysian Arts, Heritage and Culture (AHC). ArtsFAS was launched in 2020 in response to the COVID-19 pandemic that has greatly affected arts practitioners. At a time when live performances were not possible, it offered an avenue to showcase and honour artists and the local arts by making them accessible, while supporting livelihoods.

Through our support for various shows, screenings, theatre productions, workshops, exhibitions, festivals, and place-making activities, we additionally aim to educate the community and expose them to a broader art movement. 

ArtsFAS is organised by Yayasan Hasanah in the final quarter of every year, where we work with various collaboration partners to honour our artists.

Geran ArtsFAS kini dibuka!

Jika anda seorang anak seni yang mencari dana untuk mewujudkan visi anda, inilah masanya! Semak kelayakan anda sebelum 15 April dan hantar permohonan anda sebelum 30 April.

Arts For All Seasons/ Seni Sepanjang Musim (ArtsFAS) adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar oleh Yayasan Hasanah untuk memelihara dan meraikan Kesenian, Warisan dan Budaya Malaysia (AHC). ArtsFAS telah dilancarkan pada tahun 2020 sebagai alternatif sewaktu kemuncak pandemik COVID-19 yang telah banyak menjejaskan pengamal seni. Di kala persembahan secara langsung/ fizikal tidak dapat diadakan, ia menawarkan jalan untuk mempamerkan dan memberi penghormatan kepada anak seni tempatan dengan menjadikan seni persembahan lebih mudah diakses orang ramai, sambil merancakkan peluang pendapatan dalam sektor ini.

Melalui sokongan kami dalam pelbagai persembahan, tayangan, produksi teater, bengkel, pameran, festival dan aktiviti membina ruang seni, kami juga berhasrat untuk mendidik masyarakat dan mendedahkan mereka kepada gerakan seni yang lebih meluas.

ArtsFAS dianjurkan oleh Yayasan Hasanah pada suku akhir setiap tahun, di mana kami bekerjasama dengan pelbagai rakan kerjasama untuk menghormati artis kami.

Jangan lepaskan peluang untuk mempamerkan bakat anda dan menyumbang kepada dunia seni dan budaya di Malaysia.