Yayasan Hasanah, in partnership with the Ministry of Finance Malaysia, and as...

The forest is a sacred landscape for Orang Asli in general but when food is s...

A field visit to Global Environment Centre's project under the Hasanah Speci...

The 15th ILMU Hasanah was successfully conducted through a webinar for the fi...

Non-profits are essential in delivering key services to the community. Nevert...

Bidang Tumpuan

Bayangkan sebuah masyarakat yang setiap anggotanya diberi keupayaan yang sepenuhnya untuk melakar masa depan mereka sambil pada masa yang sama memberikan sumbangan yang sewajarnya kepada kemajuan Malaysia. Baik lelaki mahupun wanita, muda atau berusia, matlamat kami di Yayasan Hasanah adalah untuk menyediakan setiap individu dengan akses kepada peluang yang membolehkan mereka berkembang maju dan memenuhi potensi masing-masing.

Setiap satu daripada bidang tumpuan kami telah dipilih secara strategik untuk menterjemahkan wawasan ini menjadi sebuah kenyataan. Diperkasakan oleh maklumat penyelidikan dan dilaksanakan menerusi kerjasama dengan organisasi rakan kongsi masyarakat madani kami, badan-badan kerajaan, dan para penggubal dasar, kami berusaha untuk membuat penambahbaikan yang penting dan mampan dalam setiap bidang masyarakat di negara kita.

 

Pembangunan Kapasiti

 

Membuat Pelaburan dalam Keberkesanan dan Kemampanan Pertubuhan Bukan Berasaskan Keuntungan

Yayasan Hasanah yakin bahawa membuat pelaburan dalam pembangunan kapasiti rakan-rakan kami adalah asas dalam menuju wawasan perubahan yang dikongsi bersama. Kami melihat pembinaan kapasiti sebagai suatu komponen yang penting bagi pembangunan organisasi secara keseluruhan. Pembinaan kapasiti dapat bertindak balas terhadap jurang kemahiran yang tertentu, sementara pembangunan organisasi pula membantu evolusi organisasi. Tumpuan terhadap pembangunan organisasi ini juga diterapkan dalam sifat dan bentuk geran-geran yang kami anugerahkan.

Matlamat utama pembangunan kapasiti kami adalah ke arah mewujudkan pertubuhan yang berdaya tahan dan berkesan, yang kami yakini penting untuk melaksanakan usaha yang berterusan bagi perubahan sosial jangka panjang.

KETAHUI LEBIH LANJUT

 

Geran

 

Mentransformasikan Kehidupan, Satu Geran pada suatu Masa

Wawasan kami dalam membina Malaysia yang lebih gemilang tidak mungkin terlaksana tanpa rakan-rakan kongsi berwibawa yang menyedari peri mustahaknya mencapai impak positif yang mampan.

Dari peringkat kebangsaan hingga peringkat tempatan, kami bekerjasama secara rapat dengan pelbagai kementerian dan agensi sektor awam di samping pertubuhan bukan berasaskan keuntungan dan akar umbi untuk melaksanakan dasar dan program yang menyokong kesejahteraan sosial rakyat Malaysia secara menyeluruh.

Melalui pendekatan yang komprehensif ini, kami berupaya menyokong pelbagai prakarsa yang sangat penting kepada masyarakat kita dan juga negara secara keseluruhan. Daripada usaha menambah baik pendidikan sekolah awam kepada usaha menyediakan latihan keusahawanan bagi kaum wanita hinggalah usaha mewujudkan alam sekitar yang lebih hijau untuk generasi masa hadapan kita, setiap program yang kami sokong disesuaikan ke arah memperkasakan rakyat Malaysia dengan pelbagai kemahiran yang diperlukan mereka.

Adakah anda dipenuhi minat yang mendalam dan didorong oleh kecekalan? Anda mempunyai syarat yang diperlukan untuk memacu aspirasi masyarakat anda?

AYUH KITA BEKERJASAMA

Rakan-Rakan Kami

Rakan-Rakan Kami

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay