GAMBARAN KESELURUHAN

Dalam memastikan setiap rakyat Malaysia diberi peluang yang sama rata untuk kehidupan yang lebih baik, kami menyokong pelbagai program pemerkasaan sosial dan ekonomi yang bertujuan untuk:

  • Mengurangkan kemiskinan
  • Meningkatkan ketersediaan dan kualiti perkhidmatan sosial kepada komuniti lemah (vulnerable)
  • Mengelakkan dan mengurangkan penderitaan akibat konflik dan juga bencana alam dan buatan manusia
  • Menyokong usaha perubahan dasar
Petani daripada kaum Dusun berkongsi pengalaman dan motivasi mereka di bawah tempat berlindung sementara yang didirikan di ladang halia mereka

Keutamaan Kami

Pengurangan Kemiskinan

Bagi memahami cabaran pelbagai dimensi yang dihadapi oleh komuniti, kami menyokong keperluan mereka melalui pendekatan berasaskan komuniti (CBA), kearah pemerkasaan ekonomi, sosial dan ketahanan alam sekitar.

 

Bersama dengan Yayasan Sejahtera, rakan kongsi yang menjadi tulang belakang dalam pelaksanaan model CBA, kami bekerjasama dengan organisasi-organisasi sokongan seperti Universiti Malaysia Sarawak, Smart Parents Network, dan SOLS Health bagi menilai dan memenuhi keperluan komuniti B40 di negara ini, secara menyeluruh.

 

Sehingga 2019, kami telah memperkenalkan model CBA dalam tujuh komuniti, bagi memperkasa individu yang terpinggir dan kurang mendapat perkhidmatan (underserved). Melalui pembinaan kepercayaan, tunjuk ajar dalam kemahiran teknikal, dan ikatan kekeluargaan yang kukuh, kami membantu mereka untuk menambahkan pendapatan, meningkatkan pengalaman pendidikan, dan membangunkan kemampuan kepemimpinan.

Impak

15,589

penerima manfaat telah disokong melalui pelbagai program pembangunan kapasiti dan penjanaan pendapatan

583

penerima manfaat berjaya meningkatkan pendapatan

70

penerima manfaat telah diperkasa menjadi pemimpin dalam komuniti mereka

118

individu telah dilatih sebagai jurucakap tentang pencegahan Penderaan Seksual Kanak-kanak
Jumlah kumulatif sejak 2015

Pemerkasaan Wanita

Kami percaya bahawa sokongan dan akses yang tepat terhadap sumber yang bersesuaian membolehkan golongan wanita kurang bernasib baik mengubah kehidupan mereka dan mempunyai kebebasan kewangan. Melalui program bantuan kewangan mikro-kredit tanpa faedah, Women of Will (WOW) ingin menyokong golongan wanita daripada komuniti B40 untuk membuka perniagaan sendiri. Bagi memastikan kejayaan dan kelangsungan perniagaan-perniagaan ini, WOW juga menyediakan latihan kemahiran percuma, sokongan pembangunan usahawan, dan tunjuk ajar perniagaan.

 

Daripada petani di Sabah sehinggalah kepada penduduk perumahan kos rendah di Kuala Lumpur, kebanyakan wanita yang kami temui merupakan ibu tunggal, balu, dan bekas mangsa keganasan rumahtangga. Kami berharap melalui program yang dijalankan, mereka berasa lebih yakin diri untuk meningkatkan kehidupan seharian mereka dan mempunyai kewangan yang stabil, demi masa depan yang lebih baik untuk diri dan anak-anak mereka.

Impak

150

wanita menerima pinjaman mikro untuk membuka perniagaan kecil-kecilan mereka
Jumlah yang direkodkan sehingga Mac 2019
Pelajar mendengar dengan tekun ketika guru Bahasa Inggeris mereka mengajar

Perlindungan dan Kebajikan Kanak-kanak

Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk membesar dalam persekitaran yang penyayang. Sebagai rakan kongsi utama kami yang menyokong dan meningkatkan kesedaran untuk menghapuskan penginstitusian kanak-kanak, Yayasan OrphanCare bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga jabatan Kebajikan Masyarakat. Secara kolektif, matlamat kami adalah untuk memberikan kasih sayang, penjagaan dan keselamatan seperti dalam keluarga, untuk kanak-kanak yang berada dalam sesebuah institusi dan bayi yang berisiko dan kelahirannya tidak dirancang.

 

Selain menyediakan peti pelindung bayi, rumah perlindungan sementara, dan kaunseling untuk ibu dengan kelahiran yang tidak dirancang, OrphanCare turut mengendalikan proses pengambilan anak angkat dengan sokongan nasihat dan tindakan susulan untuk ibu bapa angkat.

Rakan Kongsi Pembangunan Komuniti Kami

Kisah Pembangunan Komuniti

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay