GAMBARAN KESELURUHAN

Daripada hutan hujan yang merimbun sehinggalah airnya yang biru, bagi memastikan warisan alam semulajadi kita terus terjamin, kita perlu memainkan peranan bagi menghalang ia daripada terus dilanda degradasi. Melalui pendidikan alam sekitar, program pemuliharaan yang aktif dan galakan tentang dasar hijau, kami ingin mengukuhkan kemampuan Malaysia kearah iklim yang berdaya tahan dan masa depan rendah karbon. Selain memastikan kelestarian, kami percaya alam sekitar yang lebih hijau akan membolehkan peningkatan pendapatan untuk komuniti tempatan dan meningkatkan ekonomi nasional.

Sungai di Central Forest Spine (CFS) yang merupakan jalan yang biasa dilalui oleh gajah

Keutamaan Kami

Mantanani, sebuah pulau kecil yang didiami oleh kaum Bajau Laut, merupakan destinasi percutian popular, walau bagaimanapun, persekitaran marinnya mengalami ancaman disebabkan amalan penagkapan ikan dan pelancongan yang tidak lestari

Mengukuhkan Kapasiti dan Kapabiliti dalam Pemuliharaan

Matlamat kami adalah melindungi hutan hujan, air bersih dan ekosistem marin negara kita, dengan memastikan ia dapat terus hidup dan berkembang pada tahun-tahun mendatang. Central Forest Spine (CFS) misalnya, merupakan kawasan biologi yang luas di Semenanjung Malaysia, yang menyediakan perkhidmatan ekosistem kepada 80% rakyat di negara ini, termasuklah bekalan air dan penyerapan karbon. Dalam usaha menangani isu degradasi, kami bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi untuk mewujudkan pengetahuan, advokasi dan pendekatan dalam kalangan komuniti. Ini termasuklah Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Hutan Hujan Tropika yang memelihara tumbuh-tumbuhan hutan hujan tropika yang terancam dan Global Environment Centre yang menggalakkan perlindungan, pemulihan dan penggunaan lestari sungai kita. Melihat kepada kekayaan hidupan marin yang kita miliki, bagi memastikan pemeliharaan terumbu karang yang berjaya, kami menyokong Reef Check Malaysia dalam mendekati komuniti tempatan bagi melindungi ekosistem dalam air melalui program pendidikan dan rehabilitasi.

Menggalakkan amalan hijau seperti Perkhidmatan Pembayaran Ekosistem merupakan salah satu cara untuk menyokong agenda pertumbuhan hijau Malaysia, dalam mewujudkan mekanisma inovatif dan ekonomi baharu untuk pemeliharaan sumber alam semulajadi.

Sebagai tambahan, selain memelihara sumber alam semulajadi, program Payment for Ecosystem Services (PES) merupakan satu mekanisme ekonomi yang inovatif untuk komuniti tempatan bagi mendapatkan sumber pendapatan yang berterusan. Dengan kerjasama LEAP Spiral dan Forever Sabah, penduduk kampung di sekitar kawasan tadahan air Babagon dilatih mengenai pemantauan kualiti air, ekopelancongan sebagai sumber pendapatan dan amalan advokasi serta keterlibatan dengan wakil kerajaan. Dengan kemahiran baru ini, komuniti ini kini melakukan pelbagai usaha kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan negeri Sabah untuk membangunkan mekanisme PES bagi pengurusan perkhidmatan air. Pembangunan program PES yang berjaya akan memastikan situasi menang-menang, dimana ia boleh melindungi kawasan tadahan air Babagon, meningkatkan sumber pendapatan untuk penduduk kampung Babagon dan bekalan air yang lestari untuk pengguna di sekitar kawasan itu. Secara kolektif, usaha kami adalah untuk mengimbangi pembangunan pesat negara kita dengan pemuliharaan ekosistem semula jadi kita.

Impak

629,050ha 

telah disokong untuk pemulihan, perlindungan dan pewartaan

2ha

telah dipulihkan/dilindungi/diwartakan setakat ini dengan penanaman 642 pokok

1,507

individu telah menyertai inisiatif pembangunan kapasiti kearah perlindungan dan pemuliharaan ekosistem mereka
Jumlah kumulatif sejak 2015
Perubahan sikap merupakan satu cabaran jangka panjang dan pendidikan alam sekitar merupakan salah satu pendekatan terbaik dalam membina kesedaran alam sekitar.

Membina Kesedaran Alam Sekitar

Seperti mana-mana perubahan jangka panjang lain, bagi mewujudkan alam sekitar yang lestari, kita perlu bermula dengan generasi seterusnya. Memahami perihal ini, Yayasan PINTAR, bekerjasama dengan UniversitI Kebangsaan Malaysia untuk membangunkan Program Modul iG-Home bagi memberi inspirasi kepada minat pelajar terhadap pemuliharaan alam sekitar melalui sains dan teknologi. Daripada mempelajari mengenai pengurusan bahan buangan dan pengumpulan air hujan sehinggalah kepada bereksperimen mengubah sisa makanan dan najis lembu menjadi gas memasak, para pelajar yang terlibat dapat memupuk kesedaran alam sekitar yang lebih besar. Mereka juga berpeluang merasai pengalaman praktikal dalam membangunkan sistem alam sekitar di sekolah dan di rumah, seterusnya mendorong mereka untuk beralih kepada amalan alam sekitar yang lestari. Program ini juga terbuka kepada guru daripada pelbagai bidang, dan mereka dilengkapi dengan kemahiran untuk membimbing pelajar dan memantau projek dengan lebih berkesan, melalui bengkel latihan yang diadakan.

Impak

38,965

pelajar, 89 sekolah, dan 173 guru didekati dalam usaha pendidikan alam sekitar sejak 2017

30

sistem alam sekitar telah dibangunkan di sekolah-sekolah4

3

projek dimulakan untuk menggalakkan amalan alam sekitar dalam komuniti kejiranan5
4 Inisiatif merangkumi: pengumpulan air hujan, bumbung hijau, penjanaan biogas, sistem kitar semula
5 Projek merangkumi: pengurusan sisa pulau, pengurangan penggunaan tenaga dan air
Jumlah yang direkodkan sehingga Mac 2019

Rakan Kongsi Alam Sekitar Kami

Kisah Alam Sekitar

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay