Pendidikan

 

Merealisasikan potensi penuh generasi kanak-kanak kita

Kami percaya bahawa masa depan negara bermula dengan akses kepada pendidikan yang berkualiti untuk semua.

Kami komited untuk mentransformasikan sistem pendidikan awam negara kita, membawa perubahan yang bermakna ke dalam bilik darjah dan juga di luar bilik darjah. Daripada membangunkan rangka kerja penilaian baharu untuk kanak-kanak dengan masalah pembelajaran hinggalah usaha menyediakan latihan kepada para guru dan pengurusan sekolah dengan autonomi yang lebih besar, kami berusaha untuk menyediakan generasi akan datang dengan peluang untuk berkembang maju dalam tenaga kerja global yang berdaya saing.

Melengkapi usaha kami dalam pendidikan awam formal ialah sokongan kami terhadap inisiatif peningkatan kemahiran bagi belia yang berisiko, iaitu membantu dalam memastikan masa depan yang lebih baik bagi mereka.

KETAHUI LEBIH LANJUT

 

Pembangunan Komuniti

 

Memperkasakan komuniti agar berdaya tahan

Kami memperkasakan komuniti yang mudah terjejas agar mereka dapat berusaha dalam mempertingkatkan taraf hidup mereka.

Setiap rakyat Malaysia berhak menikmati masa depan yang lebih baik. Dengan menyediakan latihan kemahiran, pendidikan, dan sumber yang diperlukan kepada komuniti yang berisiko, kami berusaha dengan gigih untuk menyokong mereka menjalani kehidupan yang lebih baik dan lebih berdikari. Semua ini kami lakukan dengan menggerakkan dan menyokong tindakan yang berpandukan komuniti, yang mengukuhkan penyepaduan sosial, keinklusifan, dan kesaksamaan melalui pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan.

Menyedari bahawa kemiskinan merupakan isu pelbagai dimensi, kami bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi, untuk membangunkan intervensi yang saling melengkapi bagi menangani cabaran yang berbeza-beza. Selain menyara kehidupan dan menyediakan latihan kepemimpinan dalam kalangan komuniti, kami juga mewujudkan bantuan pendidikan selepas persekolahan dan bengkel kemahiran bertujuan mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan. Semua ini kami lakukan dengan harapan untuk menyediakan komuniti ini dengan setiap peluang yang berhak diterima oleh mereka.

KETAHUI LEBIH LANJUT

 

Alam Sekitar

 

Membina tempat tinggal yang lebih hijau untuk generasi akan datang

Kami berusaha mendapatkan ekonomi yang rendah karbon, cekap dari segi sumber, berdaya tahan dan mampan, sambil pada masa yang sama meningkatkan kualiti hidup.

Tumbuhan, haiwan dan manusia memerlukan alam sekitar yang selamat dan bersih untuk hidup dengan subur dan berkembang maju. Daripada hutan hujan hinggalah ekosistem laut, matlamat kami adalah untuk mengukuhkan kapasiti dan keupayaan Malaysia dalam memulihara warisan semula jadi kita. Matlamat kami adalah untuk membina tanggungjawab yang dikongsi bersama ke arah gaya hidup yang lestari melalui perubahan rangka minda dan tingkah laku. Semua ini kami lakukan melalui inovasi, sokongan, dan pendidikan alam sekitar, yang dipacu oleh inisiatif masyarakat madani serta tindakan yang berpandukan komuniti, untuk orang awam, dan terutamanya untuk generasi muda pada masa hadapan.

KETAHUI LEBIH LANJUT

 

Seni & Ruang Awam

 

Melindungi dan mempromosikan ciri utama Malaysia

Kami mendorong kesedaran, penghayatan, dan pemuliharaan aset-aset negara kita yang paling berharga.

Malaysia sangat kaya dengan sejarah, kesenian, dan kebudayaan. Melalui pelbagai projek, kami meraikan kepelbagaian, membangunkan kreativiti rakyat, dan melindungi warisan negara kita. Hal yang demikian dilakukan demi memastikan bahawa identiti rakyat Malaysia yang istimewa terus dapat dipertahankan dan dikekalkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

Selain itu, kami menyokong usaha untuk meniupkan nafas baharu kepada kawasan awam, yang penting bagi penambahbaikan komuniti dan pembangunan sosioekonomi kita. Bekerjasama dengan Think City, iaitu sebuah organisasi penjanaan semula bandar yang berfokuskan komuniti, kami melaksanakan pelbagai projek yang bertujuan mengubah kawasan utama di bandar kita menjadi ruang yang dapat digunakan untuk rekreasi, pembangunan, dan penghayatan warisan.

KETAHUI LEBIH LANJUT

 

Pengetahuan

 

Menyokong penggubalan dasar berasaskan bukti dan intervensi sosial

Kami membawakan impak transformasi daripada penjanaan dan perkongsian ilmu pengetahuan untuk memperkukuh institusi, sistem, dan kapasiti individu.

Bagi Hasanah, pengetahuan secara intrinsiknya mempunyai hubungan dengan pembelajaran, dan sumber bagi semua pengetahuan kami ialah usaha dan kerja yang dilakukan oleh rakan kongsi kami pada peringkat akar umbi. Pembelajaran ini seterusnya akan menyediakan kami dengan bukti untuk membantu, menyokong, serta mempengaruhi dasar dan perubahan struktur, selaras dengan matlamat kami untuk menjadi yayasan berasaskan impak yang menyokong perubahan sosial jangka panjang.

KETAHUI LEBIH LANJUT

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay