Sumbangan GLC/GLIC dan Sektor Swasta secara kolektif sebanyak RM 51.5 juta melalui GDRN

Berikutan wabak COVID-19 di Malaysia, pada 2 April 2020, beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan (“GLC”), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (“GLIC”) dan sektor swasta secara kolektif telah menyumbang RM 51.5 juta untuk Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC dan GLIC (GDRN). Sumbangan mereka digunakan untuk menyokong Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) bagi pembelian bekalan perubatan secara teratur.

Daripada RM 51.5 juta, RM 42.6 juta telah diperuntukkan untuk menyokong KKM membeli bekalan perubatan dan RM 8.9 juta pula telah dibelanjakan untuk pelbagai bantuan kemanusiaan untuk keluarga, barisan hadapan dan pelajar universiti yang terkandas. Agihan dan kuantiti bekalan perubatan adalah sebagaimana berikut:

Pharmaniaga Berhad bertanggungjawab menguruskan kebanyakan proses koordinasi dan pelaksanaan melibatkan sumber, perolehan, pengendalian, penyimpanan dan pengagihan bekalan perubatan.

“Kebanyakan pengagihan bekalan perubatan kepada hospital akan bermula minggu ini, memandangkan pesanan sudahpun mula diterima. Kebiasaannya, hospital-hospital ini akan menerima bekalan dalam tempoh 24-30 jam sebaik sahaja bekalan tersebut tiba di gudang Pharmaniaga,” kata Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan Yayasan Hasanah yang juga merupakan Sekretariat GDRN, bersama TM.

Maklumat perbelanjaan berupa bantuan kemanusiaan yang berjumlah RM 8.9 juta ini adalah sebagaimana berikut:

Syarikat-syarikat yang telah menyumbang kepada GDRN adalah:

1.     100% Project2.     Celcom Axiata Berhad

3.     CIMB

4.     Digi Telecommunications Sdn Bhd

5.     Duo Pharma

6.     Ernst & Young

7.     Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)

8.     Labuan Reinsurance (L) Ltd.

9.     Iskander Investment Berhad (IIB)

10.  MIDF Berhad

11.  Permodalan Nasional Berhad (PNB)

12.  Pharmaniaga Berhad

13.  Rafulin Holdings Sdn Bhd

14.  Sapura Energy Berhad

15.  S P Setia Berhad16.  Sime Darby Berhad

17.  Sime Darby Plantations

18.  Sime Darby Property

19.  Telekom Malaysia Berhad (TM)

20.  TIME dotcom Berhad

21.  Tenaga Nasional Berhad (TNB)

22.  U Mobile

23.  UMW

24.  Velesto Energy

25.  Yayasan Hasanah

26.  Yayasan MRCB

27.  Yayasan Sime Darby

28.  Yayasan UEM

 

Semasa mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang GDRN, Shahira berkata, “Sehingga 2 April 2020, 20 ventilator telah dihantar ke tiga hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (5 unit), Hospital Ampang (5 unit), dan Hospital Selayang (20 unit). Selain sokongan yang diberikan melalui GDRN ini, GLIC/GLC dan sektor swasta juga berganding bahu dengan NGO untuk menyokong keperluan rakyat Malaysia, dan kami berharap lebih ramai dapat tampil ke hadapan untuk turut serta dalam usaha ini.”

Mana-mana organisasi yang ingin menyumbang melalui GDRN, sila hubungi:

Anita Ahmad

Ketua, Pembangunan Komuniti dan Bantuan Bencana Kemanusiaan, Yayasan Hasanah

Emel: anita.ahmad@hasanah.org.my

Bimbit: +6019-2782707

Izad Ismail

Ketua Tanggungjawab Korporat dan Pengurusan Pihak Berkepentingan Luar, Telekom Malaysia Berhad, & Ketua Sekretariat GDRN

Emel: izad@tm.com.my

Bimbit: +6019-3366035

 

Yayasan Hasanah (“Hasanah”) merupakan yayasan berasaskan impak milik Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), sebuah dana kekayaan berdaulat Malaysia. Hasanah telah ditubuhkan sebagai entiti bebas pada 1 Julai 2015, berdasarkan usaha Tanggungjawab Korporat selama sembilan tahun yang dilaksanakan oleh Khazanah sebelum ini. Sebagai organisasi pemberi geran, Hasanah bukan sekadar menyediakan bantuan kewangan, malah turut serta sebagai pemudahcara dalam sesebuah ekosistem transformasi, bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, menerapkan semangat advokasi dan membangunkan kapasiti dalam lima bidang tumpuan: Pendidikan; Pembangunan Komuniti; Alam Sekitar; Kesenian dan Ruang Awam; dan Pengetahuan. Dengan jalinan kerjasama dan penglibatan kolektif banyak pihak, Hasanah berharap dapat mewujudkan perubahan dalam komuniti dan sosial untuk rakyat Malaysia, demi negara Malaysia yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.yayasanhasanah.org
Telekom Malaysia Berhad (TM) adalah syarikat telekomunikasi bersepadu terkemuka di Malaysia yang menawarkan himpunan perkhidmatan dan penyelesaian komunikasi yang menyeluruh dalam perkhidmatan tetap (telefon dan jalur lebar), mobiliti, kandungan, WiFi, ICT, Awan dan perkhidmatan pintar. TM dipacu oleh penciptaan nilai pihak berkepentingan dalam persekitaran yang amat kompetitif, dan memberi tumpuan kepada penyampaian pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan melalui usaha-usaha peningkatan kualiti dan inovasi khidmat pelanggan berterusan, sambil memfokus kepada peningkatan kecekapan operasi dan produktiviti. Untuk maklumat lanjut mengenai TM, layari www.tm.com.my
Jaringan Tindak Balas Bencana GLC/GLIC (GDRN) ditubuhkan pada tahun 2013 melalui Jawatankuasa Putrajaya untuk Prestasi Tinggi GLC (“PCG”), dengan Khazanah Nasional sebagai Sekretariatnya. Jaringan ini telah berjaya dimanfaatkan antara tahun 2013 dan 2016 dalam kerja-kerja bantuan dan pembinaan semula, terutamanya ketika banjir besar di Kelantan, Pahang dan Johor, dimana sumbangan daripada GLC telah diselaraskan dan digunakan dengan baik. Sejak tahun 2014, Sekretariat GDRN telah bekerjasama dengan TM, sebagai Entiti Pengganti kepada PCG.

Rencana Berita Lain

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay