Pengalaman dan pembelajaran penting daripada Maklum Balas Bencana Alam di Malaysia

Pengalaman dan pembelajaran penting daripada Maklum Balas Bencana Alam di Malaysia

Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah menyaksikan pelbagai peringkat bencana alam yang tidak pernah berlaku sebelum ini, terutamanya banjir dan juga gempa bumi yang tidak dijangka di Sabah, dimana ia secara langsung mewujudkan keperluan untuk penambahan sumber bagi memenuhi keperluan mereka yang terselamat. Berikutan bencana alam yang terjadi, khususnya banjir pada 2014/2015 yang menyaksikan 160,000 mangsa, lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat korporat telah menggerakkan organisasi mereka untuk bertindak balas terhadap keperluan mereka yang terselamat, lebih-lebih lagi ketika fasa kecemasan. Ini juga telah menyaksikan kewujudan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Rangkaian Tindak Balas Bencana syarikat berkaitan kerajaan (GDRN) dalam meningkatkan koordinasi antara agensi-agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Oleh yang sedemikian, NGO, syarikat korporat dan agensi kerajaan mempunyai pengetahuan meluas mengenai tindak balas kecemasan. Walaupun sokongan semasa fasa bencana semakin meningkat sejak beberapa tahun ini, namun sokongan ketika fasa pemulihan seperti rehabilitasi tempat tinggal termasuk pembelian barangan keperluan rumah dan barangan peribadi yang musnah akibat bencana, masih tidak mencapai skala yang sama. Adakah keperluan mereka yang terselamat daripada bencana alam ketika fasa pemulihan telah cukup sepenuhnya?

Hasanah ILMU pada Mac 2018 ingin berkongsi pengetahuan berkenaan hal ini, khususnya pembelajaran penting semasa fasa kecemasan, dan melihat sama ada lebih banyak perkara boleh dilakukan semasa tempoh pemulihan, agar tindak balas bencana pada masa hadapan dapat dilakukan dengan lebih efektif dan berkesan. Jurucakap terdiri daripada wakil-wakil NGO, GLC dan kerajaan.

Rencana ILMU Hasanah Lain

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay