Ulasan Belanjawan Nasional 2019

Ulasan Belanjawan Nasional 2019

Yayasan Hasanah memuji penumpuan besar terhadap kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat dalam Belanjawan 2019.

 

Sebagai yayasan berasaskan impak yang pada ketika ini bekerjasama dengan lebih 40 organisasi masyarakat sivil dan rakan kongsi (CSPO) di seluruh negara, kami menyambut baik peruntukan RM10 juta oleh pihak kerajaan kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Perusahaan Sosial. Ini ternyata akan membantu organisasi untuk membina keupayaan mereka, meningkatkan keberkesanan dan impak secara bermakna.

 

Kami juga sangat berbesar hati dengan komitmen Kerajaan terhadap Pendidikan yang merangkumi bantuan pendidikan untuk pelajar yang kurang bernasib baik, peningkatan infrastruktur sekolah dan program di politeknik dan kolej komuniti. Ianya akan mengukuhkan dan melengkapkan pelaburan PPP dalam sektor Pendidikan.

 

Mengenai perlindungan dan kelestarian alam sekitar, langkah Kerajaan memberikan insentif kepada Kerajaan Negeri untuk memulihara dan memperluaskan rizab alam sekitar yang ada wajar dipuji dan kami berharap ianya dapat membantu mengukuhkan dan menyegerakanperlindungan biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem hutan kita. Di samping itu, inisiatif untuk memperkasakan komuniti Orang Asli dan Orang Asal untuk menguruskan dan melindungi alam sekitar adalah tepat pada waktunya.

 

Belanjawan 2019 yang bertemakan "Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera" adalah pemangkin yang memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjadi kekuatan kearah kebaikan. Di Hasanah, kami berharap dapat menjadi sebahagian daripada aspirasi ini dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia secara menyeluruh dan memberikan perlindungan untuk alam sekitar kita.

Rencana Berita Lain

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay