Poskad dari Selatan

Meraikan kehidupan, warisan dan kenangan Landasan Keretapi Malaysia

Kisah tentang landasan keretapi merupakan sebuah kisah bersejarah bagi Malaysia. Ia merupakan penghubung kepada sejarah-sejarah dan budaya-budaya kita.

Projek Keretapi Kita meraikan warisan hidup dengan mendokumentasikan bagaimana keretapi beroperasi pada masa kini, dan pada masa dahulu, dan apakah harapan masa hadapan golongan yang bekerja dalam sektor ini. Bahagian pertama bagi projek jangka panjang ini adalah meneroka landasan selatan yang lama antara Gemas, Negeri Sembilan dan Tanjong Pagar, Singapura.

Selepas lebih satu abad beroperasi, landasan ini telah dinaik taraf, dan kebanyakan stesen-stesen lama akan dirobohkan. Melalui gambar, video dan temubual, projek ini memberi suara kepada landasan keretapi, pekerja di sini dan tempat yang dipanggil rumah oleh kebanyakan daripada mereka.

Rencana ILMU Hasanah Lain

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay