Bermula dari kecil: Penetapan Minda yang Kuat dalam Kalangan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Bermula dari kecil: Penetapan Minda yang Kuat dalam Kalangan Kanak-Kanak Kurang Bernasib Baik

Para penyelidik telah mengenal pasti ‘daya tahan’ sebagai faktor utama dalam pembangunan belia yang positif. Memupuk daya tahan bermakna menggalakkan kemampuan, fleksibiliti dan strategi daya tindak remaja apabila menghadapi perubahan pembangunan diri dan pelbagai tekanan hidup, seterusnya mencapai hasil yang positif selepas melalui pengalaman hidup yang sukar. Kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah lebih mudah terkesan disebabkan ketidakmampuan ibu bapa untuk menyediakan persekitaran kehidupan yang baik, pertumbuhan emosi yang kondusif dan persekitaran bebas konflik disebabkan bebanan kewangan. Oleh itu, menanamkan daya tahan dalam diri adalah penting untuk menggalakkan pembangunan psikologi dan sosial remaja. Sesi ini membawakan penyelidik dan pengamal pakar yang akan berkongsi pengalaman, pembelajaran dan kisah mereka mengenai cara memupuk sikap positif dan kuat dalam kalangan individu yang masih muda dan rakan-rakan di sekeliling mereka.

Rencana ILMU Hasanah Lain

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay