Latihan mengenai Strategi Pendekatan Penyertaan Masyarakat

Latihan mengenai Strategi Pendekatan Penyertaan Masyarakat

Pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan tidak dapat bertahan lama dan membawa sebarang makna sekiranya tidak dikongsi bersama. Tetapi, apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan ini, dan bagaimanakah proses pelaksanaannya dapat dipastikan? Penyertaan dalam pembangunan bukan sekadar proses mekanikal yang dilaksanakan melalui penggunaan peralatan tertentu sahaja. Ia melibatkan proses kompleks yang memerlukan kemahiran fasilitasi yang mencukupi, sikap dan kesediaan individu untuk berubah serta struktur persekitaran yang kukuh. Ini mewujudkan satu senario, dimana mereka yang melalui fasa pembangunan dapat berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara yang memberi kesan kepada diri mereka. Penyertaan bermatlamat mewujudkan pembangunan saksama yang memastikan suara-suara dalam mana-mana komuniti dapat didengari, tanpa seorang pun yang terkecuali. Dalam konteks kitaran projek, kaedah penyertaan boleh digunakan di pelbagai peringkat projek - dari penilaian keperluan, sehinggalah kepada perancangan dan dari penetapan garis dasar sehinggalah kepada pemantauan dan penilaian.

Bengkel ini memberi pendedahan kepada para peserta tentang cabaran yang dihadapi dalam mendekati masyarakat dan melengkapkan mereka dengan kemahiran mendekati masyarakat dengan cara yang bermakna, menggunakan kaedah dan pendekatan penyertaan.

Mengenai jurulatih:
Praxis - Institute for Participatory Practices merupakan sebuah organisasi berasaskan pengetahuan dan bukan berasaskan keuntungan yang memberi sokongan pembangunan, yang berdaftar pada tahun 1997 di bawah Akta Pendaftaran Pertubuhan India 1860. Sejak ia ditubuhkan, Praxis telah berkembang menjadi pusat sehenti bebas yang melakukan penyelidikan, latihan dan dokumentasi melibatkan pelbagai aspek pembangunan penyertaan. Kerja-kerja yang kami lakukan menunjukkan bahawa terdapat mandat yang semakin berkembang melibatkan pembangunan mampan dan saksama tanpa mengira sempadan geografi, dan terdapat keperluan dalam memastikan proses dan amalan tadbir urus yang baik. Kemampuan rangkaian strategik kami dengan organisasi dan individu yang mempunyai pendirian yang sama, membantu kami memaksimumkan capaian dan meningkatkan impak penglibatan kami. Kerja-kerja kami meliputi sektor yang meluas dari hak kanak-kanak sehinggalah kepada perancangan yang menyeluruh dan dari perniagaan dan hak kemanusiaan sehinggalah kepada jantina dan seksualiti. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerja-kerja yang dijalankan oleh Praxis, sila layari - www.praxisindia.org

Rencana Acara Lain

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay