Geran
Perubahan yang berkekalan tidak boleh dicapai secara bersendirian. Sebaliknya, ia melibatkan ramai orang, kumpulan dan komuniti, yang bekerjasama ke arah mencapai matlamat yang sama. Itulah sebabnya rakan kongsi kami adalah sangat penting bagi kami. Dengan geran yang dianugerahkan setahun sekali, kami menyokong program-program yang selari dengan bidang tumpuan yang berikut:
Senarai Semak
Berkaitan Dana
Bergantung pada jangka masa dan sifat setiap projek, jumlah geran yang kami tawarkan mungkin berbeza. Jumlah maksimum sebanyak RM2,000,000 boleh dianugerahkan untuk projek yang berjalan selama tiga tahun, manakala projek rintis dan projek yang lebih singkat adalah layak bagi jumlah dana yang lebih kecil.
Kami memberikan tumpuan pada pencapaian impak jangka panjang. Bagi maksud ini, kami menyediakan dua jenis pendanaan:
Selain Pendanaan
Selain geran yang dianugerahkan, kami berusaha untuk menyokong rakan kongsi kami dalam pembinaan kapasiti. Melalui pementoran, latihan, peluang menjalin rangkaian, nasihat amalan terbaik, dan banyak lagi, kami menyediakan mereka dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menyusun strategi dan memimpin dengan lebih baik, sekali gus membuka jalan kepada penghasilan impak yang lebih besar dalam tempoh jangka panjang.
Cara Memohon
Tonton video berikut mengenai cara memohon geran kami
Apa yang diperlukan
LANGKAH 1: Penilaian Kelayakan
Proses permohonan geran kami bermula dengan Penilaian Kelayakan, di mana setiap pemohon perlu melaluinya.
Sebelum menghantar Penilaian Kelayakan anda, sila pastikan dokumen berikut disediakan:
Kami akan mengambil masa 1-3 hari bekerja untuk menilai kelayakan anda.
LANGKAH 2: Membuat Profil Organisasi
Sekiranya anda layak, pasukan kami akan menghubungi dan memberi pautan untuk mengakses ke portal geran kami di mana anda akan mengisikan Profil Organisasi.
LANGKAH 3: Melengkapkan Permohonan Geran
Setelah anda membuat Profil, anda perlu ke halaman lain bagi mengisi geran permohonan. Setiap organisasi boleh menghantar lebih daripada satu permohonan, tetapi perlu memastikan satu projek khusus untuk setiap permohonan.
Tarikh-tarikh penting
Soalan Lazim (FAQ)
Bilakah pusingan geran akan dibuka?
Pemberian geran kami dilakukan sekali dalam setahun. Permohonan dibuka pada bulan November dan pemberian geran diumumkan pada bulan April tahun berikutnya. Hubungi kami di grant.application@hasanah.org.my untuk mengetahui tarikh pembukaan permohonan geran untuk sesi pemberian geran yang akan datang.
Siapakah yang boleh memohon geran?
Pemohon mestilah:
Adakah institusi-institusi awam layak untuk memohon?
Institusi-institusi awam boleh memohon sebagai pemohon bersama dengan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO) lain sebagai pemohon utama.
Berapa lamakah jangka masa projek tersebut?
Tempoh masa projek adalah sehingga 36 bulan.
Adakah terdapat had bagi geran tersebut?
Ya, kami menyediakan dana sehingga RM2,000,000 bagi tempoh selama tiga tahun. Projek rintis dan projek yang berjalan untuk tempoh yang lebih singkat layak menerima jumlah dana yang lebih kecil.
Apakah jenis projek yang dibiayai oleh Hasanah?
Kami menyokong projek yang sejajar dengan satu (atau lebih) Matlamat Bidang Impak Hasanah dan projek-projek yang menunjukkan:
Bolehkah saya menghantar lebih satu permohonan untuk projek yang berbeza?
Ya, selagi projek anda memenuhi kriteria yang dinyatakan dalam Garis Panduan Permohonan Geran Hasanah.
Bolehkah saya mengemukakan lebih daripada satu permohonan dalam satu penyerahan?
Tidak, hanya satu projek / program dalam satu penyerahan.
Adakah terdapat apa-apa sekatan untuk geran ini?
Kami tidak menyokong projek-projek seperti berikut:
Adakah saya masih layak untuk menerima tajaan jika saya memohon untuk geran?
Ya, jika projek tersebut berbeza dengan permohonan geran yang dihantar.
Apakah yang boleh saya jangkakan daripada proses permohonan geran?
Semua permohonan mestilah dihantar melalui Portal Geran Hasanah dan dokumen-dokumen berikut perlu dimuat naik sebagai lampiran:
Bagaimanakah keputusan pemberian geran dibuat?
Semua permohonan geran akan disemak terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Geran Hasanah dan permohonan yang disenarai pendek akan dihantar kepada Lembaga Pemegang Amanah Hasanah untuk kelulusan akhir.
Kolaborasi untuk Impak
Hasanah percaya bahawa pemikiran yang berani menghasilkan impak yang sangat kuat. Sikap optimistik, berdaya tahan, dan berani juga diperlukan untuk mengubah kepercayaan menjadi tindakan. Yang paling utama, ia memerlukan tindakan memberi.
Kami memahami bahawa perubahan sebenar hanya boleh dicapai melalui pelaburan dalam projek jangka panjang. Sumbangan yang diberikan sekali sahaja lazimnya adalah tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kami mengharapkan kolaborasi yang bermakna dengan peserta industri sektor swasta yang memiliki kepemimpinan, kepakaran, sumber, dan keupayaan untuk bekerjasama dengan kami dalam meningkatkan serta mengembangkan lagi inisiatif kami.
Jika anda merupakan badan korporat yang berusaha untuk mencetuskan perubahan sebenar dalam bidang yang paling penting dan bermakna bagi rakyat Malaysia, ayuh sertai kami dalam menempuh kembara ini. Bersama-sama kita boleh melakukan perubahan yang bermakna demi sebuah negara yang lebih gemilang.
Ketahui lebih lanjut tentang bidang tumpuan kami dan program-program utama kami di sini.
Kenali komuniti kami dan impak di sini.