PINTAR-UTAR (PUMP 2.0) Latihan Literasi Kesihatan Mental

PINTAR-UTAR (PUMP 2.0) Latihan Literasi Kesihatan Mental

Latihan Literasi Kesihatan Mental untuk Guru dan Kaunselor Sekolah (Mental Health Literacy Training for Teachers and School Counsellors - PUMP 2.0), yang ditaja oleh Yayasan Hasanah, adalah program komprehensif untuk meningkatkan penglibatan aktif profesional bidang kesihatan mental dalam memberikan latihan kepada guru dan kaunselor untuk menyokong perkembangan pelajar. 200 peserta (pengetua, penolong kanan, guru dan kaunselor) dari sekolah dalam lingkungan 10km Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Johor menghadiri sesi peningkatan kapasiti yang dijalankan di negeri masing-masing pada suku pertama tahun 2019. Fokus untuk sesi Fasa II adalah kepada:

i. Gangguan Kecelaruan Keresahan dan Serangan Histeria,

ii. Penjagaan diri untuk Guru dan Kaunselor,

iii. Melakukan Kecederaan pada Diri Sendiri dan Bunuh Diri, dan;

iv. Gangguan Pembangunan Neuro di usia Remaja.

 

Oleh kerana guru dan kaunselor bekerjasama rapat dengan pelajar setiap hari, adalah penting bagi mereka untuk mengenali cabaran psikologi dalam kalangan pelajar untuk memberikan intervensi awal.

Statistik dari Institut Kesihatan Awam (2015) menunjukkan bahawa 11.4% kanak-kanak Malaysia berumur 10 hingga 15 tahun menghidapi masalah kesihatan mental. Angka ini lebih mengejutkan dalam kalangan kanak-kanak daripada latar belakang sosioekonomi rendah (<RM2000 pendapatan isi rumah setiap bulan), dengan sekitar 13.6% dari mereka mengalami masalah psikologi. Walaupun keadaan kesihatan mental kebiasannya dapat diubati, seringkali perkhidmatan profesional tidak dapat diakses oleh pelajar, terutamanya kerana kekurangan sumber profesional, kesedaran dan stigma masyarakat. Ini menunjukkan bahawa terdapat keperluan untuk melengkapkan guru dan kaunselor sekolah dengan pengetahuan penting mengenai:

  1. masalah kesihatan mental,
  2. strategi pengurusan untuk pelajar yang berisiko, dan;
  3. rujukan untuk perkhidmatan profesional.
“Saya mulai sedar tentang jenis masalah sebenar yang dihadapi oleh seseorang yang menunjukkan kelakuan luar biasa”, antara maklum balas yang diterima daripada peserta PUMP.
“Saya mulai sedar tentang jenis masalah sebenar yang dihadapi oleh seseorang yang menunjukkan kelakuan luar biasa”, antara maklum balas yang diterima daripada peserta PUMP.

Hasil keputusan segera dari aktiviti yang dijalankan telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang signifikan secara statistik dalam skor pengetahuan selepas latihan di kalangan guru dan kaunselor; pengurangan skor median terhadap kepercayaan yang salah terhadap keadaan kesihatan mental dan penggunaan kajian kes dan aktiviti pembelajaran berdasarkan pengalaman semasa latihan yang dianggap berkesan dalam menyampaikan pengetahuan dan mengubah sikap guru dan kaunselor. "Kursus ini memberikan saya banyak pandangan baru mengenai gejala kesihatan mental, yang amat berkaitan dalam pekerjaan saya sebagai kaunselor sekolah" - hasil output yang sama turut dikongsi oleh kebanyakan peserta.

Kisah Pendidikan Lain

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay