Roots & Shoots Malaysia To Recognise Youths Who Take Action

A wefie session with some members from the 15 NGOs that took part in the Roots & Shoots Awards
A wefie session with some members from the 15 NGOs that took part in the Roots & Shoots Awards

Roots & Shoots Malaysia Mengenalpasti Pemuda Yang Mengambil Tindakan

Kuala Lumpur, 3 April 2019 - Hari ini, Roots & Shoots Malaysia melancarkan Anugerah Roots and Shoots Malaysia yang pertama - Anugerah berasaskan perkhidmatan yang direka untuk mendorong para belia meluangkan masa mereka berkhidmat untuk tujuan yang lebih penting. Anugerah ini diilhamkan oleh Dr. Jane Goodall, pakar primatologi terkenal dunia, pengasas Institut Jane Goodall dan PBB Messenger of Peace. Beliau memuji inisiatif Roots & Shoots Malaysia, dengan mengatakan, “Penghargaan ini mendorong anak muda untuk menjadi sukarelawan organisasi yang diluluskan dan berusaha untuk menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik. Saya yakin ia akan membantu meningkatkan mutu kehidupan ramai orang, haiwan dan persekitaran Malaysia, yang sangat indah." Anugerah Roots and Shoots Malaysia juga diwujudkan untuk:

  • Mengenali para belia yang menyelesaikan satu siri aktiviti sukarelawan melebihi kesedaran. Walaupun mana-mana orang boleh mengaku menyedari tentang masalah yang berlaku, namun individu yang luar biasa sahaja yang mengetahui peranan mereka dalam penyelesaian isu/masalah tersebut dan melakukan sesuatu mengenainya.
  • Mempromosikan semangat kesukarelawan di kalangan belia, menangkap hati mereka untuk bersemangat tentang sesuatu isu/masalah, lalu berfikir mendapatkan jalan keluar, dan seterusnya bertindak mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
  • Memberikan kesan positif kepada para belia dengan mempromosikan pembangunan jati diri dan pengembangan kemahiran yang akan menjadikan mereka warga planet bumi yang bernilai dan menyumbang.

Tahun ini, Roots & Shoots Malaysia dengan bangga menjadikan Yayasan Hasanah sebagai Rakan Komuniti atas sokongan mereka dalam mewujudkan Anugerah Roots & Shoots Malaysia yang pertama. Pengarah Urusan Hasanah, Shahira Ahmed Bazari berkata, “Kami bangga melihat kemajuan Roots & Shoots Malaysia dan sebagai yayasan berdasarkan impak, kami akan terus memperkasakan anak muda Malaysia untuk menjadi anggota aktif dan inspirasi komuniti mereka. Central Forest Spine adalah rangkaian utama hutan dan membekalkan 80% air di Semenanjung Malaysia, maka pada dasarnya ianya adalah menara air kita. Salah satu sasaran Hasanah adalah untuk menghentikan degradasi dan defragmentasi kawasan-kawasan kritikal di CFS lebih lanjut melalui advokasi, tindakan yang dipimpin masyarakat dan inisiatif masyarakat madani, dan kami gembira melihatnya dilakukan melalui RASMA, para belia terlibat dengan meningkatkan kesedaran untuk melindungi dan memulihara hutan hujan kami." "Dipandu oleh misi Roots and Shoots untuk ENGAGE, EDUCATE dan EMPOWER belia di Malaysia dengan menggunakan alatan memulakan projek pembelajaran melalui perkhidmatan, kami berharap para peserta Anugerah ini akan mengakhiri program ini dengan keyakinan untuk mencipta penyelesaian jangka panjang yang memberi manfaat kepada persekitaran, haiwan dan masyarakat manusia," kata TP Lim, Presiden Roots & Shoots Malaysia. "Dengan Google Earth Outreach sebagai salah satu rakan kongsi untuk Anugerah ini, dipercayai bahawa perkongsian pandangan mengenai alatan yang berkaitan dengan teknologi pemetaan Google berpotensi membantu peserta Anugerah dalam usaha pemuliharaan dan pendidikan dalam waktu terdekat." Dia menambah. Permohonan Anugerah bermula hari ini, 3 April hingga 30 April 2019 dan terbuka untuk semua warganegara dan penduduk Malaysia yang berumur 16 hingga 25 tahun. Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui laman web Anugerah - www.rootsandshootsaward.com

Rakan kongsi NGO bergambar bersama “Mr. H”, maskot Jane Goodall.
Rakan kongsi NGO bergambar bersama “Mr. H”, maskot Jane Goodall.

Permohonan akan diikuti dengan proses temu ramah di mana 30 individu akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam Anugerah ini. Mereka akan memulakan perjalanan sukarelawan antara bulan Julai hingga September tahun ini, dengan melakukan sukarelawan di antara 1 hingga 3 organisasi rakan kongsi, iaitu:

  1. Bornean Sun Bear Conservation Centre (BSBCC)
  2. EcoKnights
  3. Free Tree Society Kuala Lumpur
  4. Fuze Ecoteer
  5. Institue for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)
  6. Malaysia Primatological Society (MPS)
  7. Nuvista Media Sdn Bhd
  8. Perak State Park Corporation (Royal Belum)
  9. Persatuan Pelindung Harimau Malaysia (Rimau)
  10. Persatuan Rimba Komuniti Kota Damansara Selangor (KDCF Society)
  11. Project GreenSmiths
  12. Roots & Shoots Environmental, Wildlife Conservation and Humanitarian Society (Malaysia)
  13. The Habitat Foundation
  14. Tropical Rainforest Conservation & Research Centre (TRCRC)
  15. Turtle Conservation Society of Malaysia (TCS)

  Setelah memenuhi syarat-syarat Anugerah, para peserta akan menerima sijil penyempurnaan program dan penganugerahan mereka pada majlis penyampaian anugerah pada bulan November.

Kisah Alam Sekitar Lain

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay