Sekolah Amanah: Cikgu Mazita

Cikgu Mazita bersama salah seorang pelajarnya di Sekolah Amanah SK Gemang di Jeli, Kelantan.
Cikgu Mazita bersama salah seorang pelajarnya di Sekolah Amanah SK Gemang di Jeli, Kelantan.

Kami berjumpa dengan Cikgu Mazita semasa lawatan ke Sekolah Amanah SK Gemang yang terletak di Jeli, Kelantan.

Dengan sikap beliau yang sopan dan merendah diri, raut wajah beliauberubah mempamerkan emosi dan semangat apabila kami meminta beliau menceritakan pengalaman mengajar lebih 30 pelajar pra-sekolah di bawah Program Sekolah Amanah, yang dibiayai oleh Yayasan Hasanah. “Pelajar adalah keutamaan kami ketika merancang modul pembelajaran. Berpusatkan kepada keperluan pelajar di dalam kelas, para guru diberi kebebasan dan kelonggaran untuk mengajar subjek, memberikan ruang kreativiti untuk mengeksperasikan diri kita sendiri ketika pembelajaran berlangsung”.

“Pelajar adalah keutamaan kami ketika merancang modul pembelajaran”
“Pelajar adalah keutamaan kami ketika merancang modul pembelajaran”

Sejujurnya, di Jeli, selain persekitarannya yang panas terik, ia tidak dapat menandingi persekitaran menarik yang sepatutnya ada di sesebuah bandar. Walaupun tidak banyak keseronokan yang dapat dirakam secara visual, saya sangat terinspirasi, apabila dapat bertemu dengan personaliti yang penuh dengan semangat,didorong dengan rasa gembirauntuk melakukan yang terbaik, di bandar ini. Keperibadian ini merupakan impak yang terhasil melalui Sekolah Amanah, yang sangat menggembirakan saya dan ingin saya kongsikan melalui catatan pendek dalam kisah Hasanah ini. Tentang keperibadianyang penuh bersemangat mendidik minda golongan muda Malaysia, tanpa lelah, di bandar Jeli ini.

Kisah Pendidikan Lain

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay