Calling all Changemakers, Yayasan Hasanah’s annual social impact grant for 2023 is officially open  

Malaysia’s largest grant maker calling for applications from civil society organisations and social enterprises until 15 March 

| KUALA LUMPUR, 2 Feb – Yayasan Hasanah (“Hasanah”), the impact-based foundation of Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) today announced that applications are now open for Hasanah Grant 2023. Successful applicants are eligible for funding of up to RM2.5 million over a period of three years, depending on the nature of the proposed project.  

Hasanah’s grant programme is geared to tackle some of the most critical social challenges under Hasanah’s five key focus areas which are in education, community development, environment, arts and public spaces, and knowledge. Hasanah works in partnership with social enterprises and civil society organisations to achieve their impacts.  

“We recognise that players in Malaysia’s social impact sector are deeply passionate and courageous; with many already creating deep impacts in the communities they serve. Through our grant partners, Hasanah has directly impacted the lives of 1.3 million people since 2015 – a testament of the scale of impact that our local changemakers are capable of. Beyond the role of a grant maker, Hasanah stands alongside our partners to move further forward – harnessing and developing our collective capacities, scale and potential,” said Trustee and Managing Director of Yayasan Hasanah, Dato’ Shahira Ahmed Bazari. 

Dato’ Shahira Ahmed Bazari

“Last year through Hasanah Special Grant 2022, Hasanah Social Enterprise Fund, and Arts for All Seasons, over 160 social impact and arts, heritage and culture projects were funded by Yayasan Hasanah and the Ministry of Finance grants to the tune of RM55 million,” Shahira added. 

Qualifying Malaysian organisations are invited to apply from now until 28 February 2023, with interested applicants invited to submit their eligibility assessment. Upon confirmation of eligibility, applicants may submit their grant applications starting 15 February.  

Interested applicants are also encouraged to attend step-by-step workshops on how to apply. Hasanah Grant 2023 workshops will be organised from 20 Feb to 1 Mar in several locations around Malaysia, namely: Johor, Kelantan, Perak, Sarawak, and Klang Valley. 

For the latest updates and workshop schedules, visit yayasanhasanah.org/hasanah-grant-2023/ and follow Yayasan Hasanah on social media. 

/END/ 

About Yayasan Hasanah  

Yayasan Hasanah (“Hasanah”) is the impact-based foundation of Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), the sovereign wealth fund of Malaysia. Hasanah was set up as an independent entity on 1 July 2015, building on nine years of Corporate Responsibility (CR) efforts previously driven by Khazanah. As a grant-giving organisation, Hasanah goes beyond ringgit and sen to facilitate an ecosystem of transformation, working in collaboration with multiple stakeholders, infusing a spirit of advocacy and building capacity in five key focus areas: Education; Community Development; Environment; Arts and Public Spaces; and Knowledge. Collectively and collaboratively, Hasanah hopes to shift the needle of social and community reform for Malaysians, towards Advancing Malaysia. For further information, please visit www.yayasanhasanah.org  

For media enquiries, kindly contact:  

Ili Nabilah | [email protected] 

Hannis Hisham | [email protected] 

Menyeru pencetus perubahan, dana geran impak sosial tahunan Yayasan Hasanah 2023 rasminya telah dibuka 

Pemberi geran terbesar di Malaysia alu-alukan permohonan daripada organisasi masyarakat sivil dan perusahaan sosial sehingga 15 Mac

KUALA LUMPUR, 2 Feb – Yayasan Hasanah (“Hasanah”), yayasan berasaskan impak Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) hari ini mengumumkan bahawa permohonan kini dibuka untuk Geran Hasanah 2023. Pemohon yang berjaya layak mendapat pendanaan sehingga RM2.5 juta dalam tempoh tiga tahun, bergantung kepada jenis projek yang dicadangkan. 

Program geran Hasanah ini bertujuan untuk menangani antara cabaran sosial paling kritikal di bawah lima bidang tumpuan utama Hasanah iaitu dalam pendidikan, pembangunan komuniti, alam sekitar, seni dan ruang awam, serta pengetahuan. Hasanah bekerjasama dengan perusahaan sosial dan organisasi masyarakat sivil untuk mencapai impak yang mereka citakan. 

“Kami melihat bahawa pemain dalam sektor impak sosial Malaysia mempunyai semangat berkobar dan berani dalam usaha mereka. Malah ramai yang sudahpun melahirkan impak yang amat mendalam dalam komuniti yang mereka perkasakan. Melalui rakan kerjasama geran kami, Hasanah secara langsung telah menyentuh kehidupan 1.3 juta insan sejak tahun 2015 – menjadi bukti betapa signifikannya skala impak yang mampu dibawakan oleh pencetus perubahan di negara kita. Lebih daripada sekadar pemberi geran, Hasanah berdiri teguh bersama rakan kolaborasi kami untuk melangkah lebih jauh ke hadapan – memanfaatkan dan membangunkan kapasiti, skala dan potensi kita secara kolektif,” kata Pemegang Amanah dan Pengarah Urusan Yayasan Hasanah, Dato’ Shahira Ahmed Bazari. 

“Tahun lalu melalui Geran Khas Hasanah 2022, Dana Perusahaan Sosial Hasanah, dan Seni Sepanjang Musim (ArtsFAS), lebih 160 projek impak sosial serta program seni, warisan dan budaya telah disokong oleh geran Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan berjumlah RM55 juta,” tambah Shahira. 

Organisasi Malaysia yang layak dijemput untuk memohon dari sekarang hingga 28 Februari 2023, di mana pemohon yang berminat dijemput untuk terlebih dahulu membuat penilaian kelayakan masing-masing. Selepas pengesahan kelayakan, pemohon boleh mengemukakan permohonan geran mereka mulai 15 Februari. 

Pemohon yang berminat juga digalakkan untuk menghadiri bengkel yang bakal menerangkan cara-cara memohon dengan terperinci. Bengkel Geran Hasanah 2023 akan dianjurkan dari 20 Feb hingga 1 Mac di beberapa lokasi di seluruh Malaysia, iaitu Johor, Kelantan, Perak, Sarawak, dan Lembah Klang. 

Untuk maklumat terkini dan jadual bengkel, layari yayasanhasanah.org/hasanah-grant-2023/ dan ikuti Yayasan Hasanah di media sosial. 

/TAMAT/ 

Mengenai Yayasan Hasanah  

Yayasan Hasanah (“Hasanah”) merupakan sebuah yayasan berasaskan impak di bawah Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”), dana kekayaan berdaulat Malaysia. Hasanah lahir sebagai sebuah yayasan penganugerahan geran bebas pada 1 Julai 2015; sebuah kesinambungan kepada usaha Tanggungjawab Korporat (CR) yang sebelumnya dipacu oleh Khazanah untuk sembilan tahun. Sebagai organisasi penganugerahan geran, Hasanah menjangkau lebih daripada wang ringgit untuk memudahkan ekosistem transformasi, berkerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, menanamkan semangat advokasi dan membina kemampuan dalam lima bidang tumpuan utamanya: Pendidikan; Pembangunan Komuniti; Alam Sekitar; Kesenian & Ruang Awam; dan Pengetahuan. Secara kolektif dan kolaboratif, Hasanah berharap dapat menggerakkan anjakan reformasi sosial dan masyarakat untuk rakyat Malaysia, ke arah Memajukan Malaysia. Bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila layari www.yayasanhasanah.org.   

Bagi pertanyaan media, hubungi: 

Ili Nabilah | [email protected] 

Hannis Hisham | [email protected]