Inovasi Projek Hijau Pelajar Sekolah Negeri Kedah Diiktiraf oleh Yayasan Pintar dan Universiti Kebangsaan Malaysia

Inovasi Projek Hijau Pelajar Sekolah Negeri Kedah Diiktiraf oleh Yayasan Pintar dan Universiti Kebangsaan Malaysia

ALOR SETAR, 27 Ogos 2018 - SMK Simpang Kuala, Kedah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Akhir program “PINTAR-UKM Kelestarian dan Teknologi Hijau melalui Modul iG-Home” dengan projek mereka yang berasaskan kompos. Naib juara dimenangi SMK Paya Kamunting, manakala tempat ketiga dimenangi oleh SMK Muadzam Shah.

 

iG-HOME adalah program multi disiplin oleh Yayasan PINTAR dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menanamkan minat terhadap kelestarian alam sekitar melalui sains dan teknologi. Inisiatif tersebut, yang dibiayai oleh Yayasan Hasanah bertujuan meningkatkan kesedaran pelajar, keluarga mereka dan komuniti setempat mengenai amalan pengeluaran dan penggunaan mesra alam serta kehidupan yang lestari.

 

Pertandingan akhir menyaksikan enam sekolah di kedudukan teratas mempersembahkan projek unik mereka kepada panel hakim, yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UKM yang pakar dalam bidang pendidikan teknologi hijau. Panel tersebut turut menyampaiakn Anugerah Penyampai Terbaik kepada SMK Muadzam Shah dan Anugerah Khas kepada SMK Abdul Malik.

 

“Saya gembira kerana sekolah menengah PINTAR di Kedah dapat mengambil bahagian dalam Program iG-HOME, sebuah projek yang dibiayai oleh Yayasan Hasanah. Ini menandakan langkah penting dalam usaha berterusan Yayasan dalam memberikan peluang kepada pelajar sekolah PINTAR meneroka bidangbaru yang tidak dapat diajar di dalam bilik darjah,” kata Pengerusi Lembaga Amanah PINTAR, Tan Sri Dato’ Sri Utama Arshad Ayub.

 

"Tiga sekolah menengah yang memenangi anugerah utama dalam Pertandingan Akhir adalah contoh yang sangat baik bagaimana kegigihan, tekad, komitmen dan jalinan kerjasama yang kukuhantara pelajar, guru dan penasihat mereka dapat menghasilkan produk yang inovatif dan mesra alam," kata Tan Sri Arshad.

 

“Saya percaya bahawa melalui pertandingan ini, matlamat untuk membangunkan lebih banyak idea hebat dalam menangani isuperubahan iklim secara inovatif melalui prisma industri pembinaan dapat kita capai. Proses pembelajaran eksperimental ini juga merupakan pendekatan holistik dalam membangunkan lagi kemampuan pelajar Malaysia, selari dengan misi Yayasan PINTAR. Selain pencapaian akademik, kami berusaha untuk memupuk generasi masa depan yang kreatif dan berpengetahuan, dengan rasa tanggungjawab sosial dan integriti moral yang tinggi,” kata Tan Sri Arshad.

 

“Dengan pemberian geran Yayasan Hasanah berjumlah RM260,000, kami dapat menghasilkan dua buku - Buku Teori iG-HOME Inovasi Rumah Lestari dan Buku Aktiviti iG-HOME Inovasi Rumah Lestari, yang digunakan sepanjang program oleh 1,200 orang pelajar dan 60 orang guru di 30 buah sekolah menengah di Kedah," kata Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Dato 'Seri Dr Noor Azlan Ghazali, sambil menambah bahawa program ini memerlukan pelajar dan guru untuk berinovasi dan menghasilkan rumah yang lestari.

 

"Program iG-HOME adalah platform yang sangat baik yang menggabungkan kedua-dua tonggak utama Yayasan Hasanah; Pendidikan dan Alam Sekitar. Kami gembira apabila program ini telah melakar kejayaan pada fasa pertamanya dengan berkembang di luar sekolah dan melibatkan komuniti secara meluas di Kedah. Selain itu, adalahpenting dalam meningkatkan kesedaran alam sekitar di kalangan golongan muda, yang membolehkan mereka bertindak sebagai penyokongalam sekitar, pada masa sama menghasilkan penyelesaian kolaboratif yang dapat meningkatkan alam sekitar kita dalam jangka masa panjang. Inilah elemen-elemen asas dalam setiap program yang kami sokong,” kata Shahira Ahmed Bazari, Pengarah Urusan, Yayasan Hasanah.

 

"Kami yakin bahawa program ini akan terus memberikan impak yang besar terhadap aspirasi Malaysia kearah pembangunan lestari sambil memberi peluang yang lebih besar kepada lebih ramai golongan muda untuk menjadi inovatif, kreatif dan yang paling penting mewujudkan minat mendalam terhadap alam sekitar dan masa hadapan mereka," kata Shahira.

 

Fasa 1 iG-HOME diadakan dari Mei-November 2017 dan menyaksikan 25 orang guru dari 13 buah sekolah menengah PINTAR dan bukan PINTAR di Kedah menghadiri sesi ‘Training of Trainers’ yang dikendalikan oleh pihak UKM. Semasa program itu berlangsung, mereka mempelajari mengenai modul iG-HOME, yang akan digunakan untuk mengajar seramai 558 pelajar di sekolah masing-masing. Pada Fasa 2, seramai 34 guru dan 737 pelajar dari 17 buah sekolah menengah di Kedah pula melibatkan diri sejak Februari-Ogos 2018.

 

Dalam kedua-dua fasa tersebut, para pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti praktikal dan melakukan perbincangan mendalam mengenai isu-isu alam sekitar dan kelestarian semasa, serta melaksanakan program dan aktiviti melalui teknologi inovasi hijau. Menjelang akhir Fasa, setiap sekolah yang mengambil bahagian mengemukakan satu projek utama untuk pertandingan antara sekolah yang dianjurkan bersama oleh PINTAR dan UKM.

Rencana Berita Lain

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay