Yayasan Hasanah menyambut baik Belanjawan 2023 yang tertumpu untuk meringankan bebanan sara hidup rakyat, terutamanya memastikan golongan berpendapatan rendah tidak tercicir dalam menempuhi cabaran ekonomi global.
Kami komited dan sedia menggalas amanah yang diberikan ke arah mempergiat aktiviti ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Kami percaya ia bakal memantapkan lagi daya tahan dan peluang khususnya untuk manfaat komuniti di Program Perumahan Rakyat (PPR).
Selari dengan fokus kami dalam bidang Pendidikan, Pembangunan Komuniti, Seni & Ruang Awam, Alam Sekitar, dan Pengetahuan, kami cukup bersemangat melihat Belanjawan 2023 yang juga tertumpu dalam menekankan hak pendidikan untuk anak-anak yang tercicir dalam pelajaran, menoktahkan kemiskinan tegar, menyemarakkan kebudayan dan kesenian, dan memelihara khazanah alam negara kita.
Terima kasih YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Kewangan, atas kepercayaan dan amanah yang diberikan, demi membangunkan Malaysia Madani yang progresif dan inklusif.
Dato’ Shahira Ahmed Bazari
Pemegang Amanah & Pengarah Urusan, Yayasan Hasanah