GAMBARAN KESELURUHAN

Harapan kami adalah untuk memperkasa generasi seterusnya dengan pengetahuan, kemahiran, dan peluang yang diperlukan untuk menghadapi cabaran dalam ekonomi global yang kompetitif. Untuk memastikan hal ini menjadi kenyataan, inisiatif yang kami laksanakan termasuklah:

  • Menggalakkan STEAM di sekolah-sekolah berprestasi rendah
  • Membangunkan kerangka penilaian baharu untuk kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran
  • Menyokong pendidikan inklusif
  • Menyediakan latihan kesihatan mental untuk kaunselor sekolah
  • Meningkatkan kemahiran belia berisiko
  • Menawarkan biasiswa melalui Yayasan Khazanah
Senyuman murid-murid SK Combined, Sarawak

Keutamaan Kami

Program Sekolah Amanah

“Proses pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah merupakan penentu utama kejayaan masa depan negara.” - Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

 

Kami ingin memainkan peranan dalam mentransformasi sistem sekolah awam, dengan memastikan setiap kanak-kanak diberi pendidikan berkualiti yang memfokuskan kepada pembelajaran menyeluruh dan bersesuaian dengan diri mereka. Oleh yang sedemikian, kami komited menyokong Program Sekolah Amanah, yang merupakan hasil kerjasama awam-swasta antara organisasi bukan berasaskan keuntungan, Yayasan Amir dan Kementerian Pendidikan.

 

Komprehensif dan lestari, program ini bertujuan meningkatkan keberhasilan pelajar di sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Bersama dengan penyedia perkhidmatan pendidikan lain, LeapEd, Yayasan Amir bekerjasama rapat dengan pengetua, guru, pelajar dan ibu bapa melibatkan empat matlamat strategik berikut:

  • Membangunkan pengurusan dan kepemimpinan berkualiti tinggi
  • Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
  • Memaksimumkan potensi dan pencapaian pelajar
  • Mengukuhkan hubungan dengan ibu bapa, komuniti dan lain-lain pihak berkepentingan

 

Dalam melangkah ke hadapan, kami memulakan Projek AMAN, yang merupakan program transformasi pendidikan negeri, di Kedah. Melangkaui peningkatan di sesebuah sekolah, kami ingin membuat perubahan dalam sistem pendidikan di peringkat negeri, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), dan sekolah-sekolah di negeri Kedah.

Impak

376,184

pelajar, guru dan felo disokong melalui peluang kepada pendidikan dan latihan berkualiti meliputi semua bidang impak

1,424

telah terlibat dalam pelbagai program yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang lebih baik dan holistic

954

biasiswa telah dianugerahkan kepada pelajar dengan pencapaian cemerlang dalam akademik

187

belia dan dewasa memerlukan (vulnerable) telah disokong bagi mendapatkan pekerjaan dan pensijilan untuk membolehkan mereka memperoleh peluang pendapatan yang berterusan meliputi semua bidang impak
Jumlah kumulatif sejak 2015
Para pelajar di SK Tabuan, salah sebuah Sekolah Amanah yang berjaya di Sarawak.

Program Sekolah Angkat

Sebagai rakan kongsi Hasanah sejak 2008, Yayasan PINTAR menyokong misi kami dalam meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti, khususnya untuk golongan pelajar kurang mendapat perkhidmatan (underserved) dalam komuniti B40. Dengan menggalakkan kepintaran, memupuk bakat, dan kebertanggungjawaban, PINTAR ingin memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menjadi yakin, produktif dan mampu menyumbang kepada khalayak ramai. Baru-baru ini, kerjasama kami telah berkembang dengan memberi perhatian kepada isu seperti kesihatan mental dan pendidikan menyeluruh.

 

Untuk mewujudkan perubahan yang bermakna, PINTAR menjadikan empat teras berikut sebagai panduan:

  • Program Motivasi dan Pembinaan Pasukan
    Ceramah kerjaya, kem motivasi dan aktiviti-aktiviti pembinaan pasukan
  • Program Sokongan Pendidikan
    Tusyen, kelas komputer, kelas pemulihan, sumbangan bahan pembelajaran
    Tuition, computer classes, remedial classes, donation of learning materials
  • Pembinaan Kapabiliti dan Kapasiti
    Pembangunan guru, penglibatan ibu bapa
  • Mengurangkan Kelemahan dan Isu Sosial
    Kesedaran alam sekitar, keselamatan, kesihatan, kebersihan, pengurusan risiko bencana

 

Salah satu inisiatif PINTAR adalah Unit Pembelajaran Bergerak PINTAR (PMLU), yang merupakan bas yang telah diubahsuai menjadi ruang penbelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Dengan menjelajah ke negeri-negeri berlainan dan mendekati para pelajar di seluruh Malaysia, ia mendedahkan pelajar kepada pelbagai topik penting, daripada kesihatan dan kebersihan sehinggalah kepada keselamatan dan alam sekitar.

Latihan Kemahiran

Kemahiran baharu, peluang baharu. Hasanah percaya bahawa dengan kemahiran yang betul, lebih banyak peluang tersedia untuk golongan belia, seterusnya memastikan mereka mampu menjana pendapatan yang stabil dan menyumbang kepada masyarakat.

 

Salah satu rakan kongsi penting kami yang menyediakan latihan kemahiran adalah Yayasan MySkills, dengan misi mereka untuk melengkapkan belia berisiko dalam kalangan komuniti India B40 yang terpinggir, dengan pelbagai kemahiran yang bersesuaian dengan pasaran pekerjaan masa kini. Sebagai contoh, dengan tunjuk ajar daripada pendawai wayar elektrik (wireman), pelajar membantu membuat pemasangan wayar elektrik untuk sebuah keluarga yang telah hidup tanpa elektrik untuk lima tahun.

 

Melalui latihan yang holistik melibatkan bimbingan, kemahiran sosial, penempatan pekerjaan dan pemantauan berterusan, pelajar boleh mendapatkan pekerjaan yang menguntungkan dan seterusnya bebas dari segi ekonomi. Dalam jangka masa panjang, ini akan membantu mengurangkan beban kewangan ibu bapa mereka dan mengurangkan kemiskinan di negara ini.

Rakan Kongsi Pendidikan Kami

Kisah Pendidikan

ms_MYMalay
en_USEnglish ms_MYMalay